Posts

Showing posts from November, 2018

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Contoh karangan Peribahasa SPM (Cerita) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang". Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.       Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya.           Akhimya

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa SPM (Huraian) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.         “Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.               Semangat bersatu pa

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Image
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud Peribahasa : Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Contoh : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Karangan Contoh: Karangan Peribahasa – “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit DIjunjung". Peribahasa yang berbunyi  “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” bermaksud kita hendaklah mematuhi undang-undang Negara atau budaya sesuatu tempat yang kita diami. Konteks “bumi” di sini ialah sesuatu tempat yang kita naungi atau kita diami, atau negara asing yang kita kunjungi, manakala “langit” pula bermaksud undang-undang, peraturan, atau budaya sesuatu tempat.             Setiap Negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perlembagaan. Tujuan undang-undang diwujudkan adalah untuk

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

Image
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Peribahasa: Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Maksud Peribahasa : Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Fikir itu pelita hati

Peribahasa: Fikir itu pelita hati Maksud Peribahasa : Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Contoh : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Image
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Peribahasa: Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Maksud Peribahasa : Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia. Contoh : Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Image
Harapkan pagar, pagar makan padi Peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi Maksud Peribahasa : Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Contoh Karangan: Contoh soalan karangan peribahasa : Tulis sebuah cerita yang  menarik berdasarkan peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan  Padi"      Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang  ditunjukkan oleh Yati itu amat menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian  daripada anggota keluarganya.      Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak bercuti di Kota Singa. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pelawaan Puan Naimah. Menurut Yati, dia tidak mahu

Ikan pulang ke lubuk

Image
Ikan pulang ke lubuk Peribahasa: Ikan pulang ke lubuk Maksud Peribahasa : Kembali semula ke tempat asal. Contoh : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Image
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Peribahasa: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud Peribahasa : Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Contoh Karangan:  Karangan peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi. Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.   Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat ku

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksud Peribahasa : Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. Contoh : Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Image
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Peribahasa : Lembu punya susu, sapi dapat nama. Maksud Peribahasa : Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

Membujur lalu melintang patah.

Peribahasa: Membujur lalu melintang patah. Maksud Peribahasa : Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. Contoh : Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Peribahasa: Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya. Maksud Peribahasa : Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Contoh : Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Image
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Peribahasa: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Maksud Peribahasa : Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita. Contoh : Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Image
Pucuk dicita ulam mendatang. Peribahasa: Pucuk dicita ulam mendatang. Maksud Peribahasa : Memperoleh sesuatu yang dihajati. Contoh : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Image
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Peribahasa: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Maksud Peribahasa : Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong. Contoh Ayat: Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Contoh Karangan  Karangan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pendahuluan             -  Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat. Isi                   -  Memudahkan pekerjaan  -  Menghapuskan sikap individualistik  -  Kemaslahatan bersama  -  Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai Penutup          -  Hidup sejahtera Contoh Jawapan             “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa yang menceritakan suasana hidup bermasyarakat. Peribahasa ini melambanngkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama da

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Image
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Maksud Peribahasa : Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. Ayat Contoh : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Contoh Karangan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga       Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.       Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga p

Takkan pisang berbuah dua kali.

Image
Takkan pisang berbuah dua kali. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Ayat Contoh : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.

Ulat dalam batu pun dapat hidup.

Image
Ulat dalam batu pun dapat hidup. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan. Ayat Contoh : ‘Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.

Waktu itu wang.

Image
Peribahasa Waktu itu wang. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Waktu itu sangat bernilai. Ayat Contoh : Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Image
Peribahasa Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang. Ayat Contoh : Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Zaman beralih, musim bertukar.

Image
Peribahasa Zaman beralih, musim bertukar. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Peredaran masa. Ayat Contoh : Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama          Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.          Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap dikenang.           Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti kepada agama, keluarga dan negara. Bakti y

Genggam bara api biar sampai jadi arang

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Genggam bara api biar sampai jadi arang         Jika kita hendak men capai cita-cita, kita perlu berusaha secara tekal serta sabar apabila menghadapi cabaran dan dugaan. Begitulah maksud peribahasa "genggam bara api  biar sampai jadi arang."         Antara contoh yang ada kaitan dengan peribahasa ini ialah diri murid sendiri. Sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau kolej, mahupun penuntut di universiti, semuanya perlu gigih menuntut ilmu. Semasa di sekolah rendah, kita perlu menduduki peperiksaan UPSR. Di sekolah menengah pula, kita menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. KIta perlu melalui semua cabaran ini dengan sabar jika hendak berjaya dalam pelajaran.        Bagi peniaga pula, susah payah untuk maju perlu dihadapi terlebih dahulu jika hendak menjadi usahawan berjaya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bagi seorang usahawan akan mematangkan mereka, seterusnya menjadi tangga untuk mereka lebih maju.        Antara cont

Sediakan payung sebelum hujan

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan         Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini.         Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.         Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa.         Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga       Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.       Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.       Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat sim

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna       Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai. "Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.       Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.          Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.       Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba berenang un

Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga

Contoh Karangan Peribahasa  Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga “ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun. Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya. Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan yanf cemarlang. Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa d

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa "Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara. Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas. “Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai. Semangat bersatu padu boleh disemai

KARANGAN PERIBAHASA - HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut. Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan semula. Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotong-royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai raya dan sebagainya. Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia , kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan mengeratkanlagi hubungan antara penduduk. Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka

KARANGAN PERIBAHASA - DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran.. Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini. Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku. Mulai hari itu aku akan

KARANGAN SPM - GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU

Contoh Karangan SPM - Peribahasa GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu mering

Karangan Peribahasa - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

 Contoh Karangan Peribahasa (Huraian) Peribahasa merupakan aspek unggul dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Salah satu peribahasa yang sering digunakan ialah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Huraikan maksud peribahasa ini selengkapnya.             Peribahasa digunakan untuk memberi nasihat secara sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Hal ini keraan masyarakat dahulu kala amat sensitif terhadap sebarang teguran atau sindiran. Biasanya, sesuatu peribahasa itu mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat pada masa itu.             ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ merupakan salah satu daripada ratusan peribahasa Melayu yang dicipta oleh orang dahulu. Maksud peribahasa ini ialah ‘jika hendak mendidik, mengasuh atau membentuk peribadi anak, biarlah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi’. Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah lebih mudah untuk menasihat dan menegur sebarang salah laku anak.             Persoalan kini ialah masih rekle

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

 Contoh Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung menyebabkan dia kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ti

Karangan SPM - Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Contoh Karangan Peribahasa (cerita) HENDAK SERIBU DAYA , TAK HENDAK SERIBU DALIH             Peribahasa “ hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih” bermaksud seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan . Peribahasa itu membawa maksud yang sama dengan peribahasa “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.             Ali mempunyai cita-cita yang tinggi .Dia mahu berjaya dalam pelajaran .Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti untuk mencapai cita-citanya itu. Oleh itu, Ali sentiasa berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.             Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Selain itu, dia tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Setiap hari dia terpaksa mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk berulang-alik ke sekolah.             Namun , Ali tidak berputus asa dengan segala kesusahan dan kep

Karangan Peribahasa - di mana ada kemahuan,di situ ada jalan

Contoh Karangan Peribahasa Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan      Di kampung Ahmad,tinggal beberapa puluh buah keluarga.Mereka hidup miskin,bak kata pepatah,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".Namun, mereka hidup saling bekerjasama.Justeru,budaya berderau yang sudah lupus di tempat lain,masih subur diamalkan oleh penduduk di kampungnya  itu.             Sikap yang positif para penduduk kampungnya dilihat oleh Ahmad sebagai aset yang paling berharga untuk dimajukan.Ahmad merupakan graduan universiti yang baru sahaja menamatkan pengajian.Sejak awal lagi,Ahmad memang tidak berminat untuk bekerja makan gaji.Dia mahu menumpahkan tenaga baktinya kepada penduduk kampungnya.Dia berasa kasihan terhadap para penduduk kampungnya yang begitu rajin bekerja tetapi sering sahaja menjadi mangsa penindasan kepada orang tengah.Justeru,Ahmad berhasrat menyatukan penduduk kampungnya di bawah sebuah koperasi.           Niat suci Ahmad itu dipandang serong oleh sesetengah

Api padam puntung berasap.

Api padam puntung berasap. Maksud: Sesuatu perkara yang telah diputuskan tetapi dibangkitkan kembali. Nota: puntung = sisa kayu api yang dibakar.

ada air adalah ikan

ada air adalah ikan Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

abui mata

abui mata Maksud: Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya. Contoh ayat: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.

abu Nawas

abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

abu Jahal

abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

abu Dajal

abu Dajal Maksud: Pengganggu Contoh ayat: Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ.

abu angin

abu angin Maksud: Telah musnah sama sekali. Contoh ayat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.

abang tiri

abang tiri Maksud: Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita. Contoh ayat: Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.

abang kandung

abang kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

abang ipar

abang ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami. Contoh ayat: Anwar ialah abang ipar Abdullah.

abang angkat

Maksud: Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh ayat: Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.

Bagai kumbang putus tali

Maksud: 1. Bergerak(terbang) dengan sangat pantas. 2. Terlepas daripada sengsara. Ungkapan terdekat: 1. Kumbang putus tali.

Bagai murai tercabut ekor

Maksud bahasa Melayu: 1. Orang perempuan yang suka bercakap banyak. 2. Orang yang suka berleter. Nota: Murai ialah nama sejenis burung yang bising berkicauan pada waktu pagi.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud bahasa Melayu: 1. Menempuh kesukaran atau kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud bahasa Melayu: 1. Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada kerja itu susah ataupun mudah. 2. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Ungkapan terdekat: 1.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Maksud bahasa Melayu: 1. Perbalahan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik-baik semula. Ungkapan terdekat: 1. Air dicencang tidak akan putus.

Cubit peha kanan peha kiri pun sakit juga

Maksud bahasa Melayu: 1. Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia juga akan turut terasa kesusahan itu.

Makan garam

Maksud: 1. Orang yang lebih berpengalaman.

Makan besar

Maksud: 1. Jamuan.

Jalan buntu

Maksud: 1. Gagal untuk menyelesaikan masalah.

Masa lapang

Maksud: 1. Masa yang terluang.

Jauh panggang dari api

Maksud bahasa Melayu: 1. Jauh daripada apa yang dimaksudkan. 2. Mustahil sesuatu hal itu boleh(untuk) berlaku.

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

Maksud: 1. Sekiranya kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga dengan orang yang sudah lama hidup(tua) banyaklah pengalamannya.

Chocolate-box scenery

Maksud bahasa Inggeris: 1. Sentimentally pretty or appealing. 2. Excessively decorative and sentimental, like the pictures on some boxes of chocolate candy. Maksud bahasa Melayu: 1. Pemandangan yang luar biasa indahnya, seperti sekeping gambar pada poskad atau pada kotak bungkusan cokelat. (Nota: Orang Inggeris pada zaman dahulu gemar meletakkan gambar pemandangan desa yang indah pada kotak cokelat yang mereka jual.) 

Take a leaf out of someone's book

Maksud bahasa Inggeris: 1. To copy something that someone does because it will bring you advantages. 2. To imitate or emulate someone in a particular way. 3. To copy what someone else does because they are successful at doing it. Maksud bahasa Melayu: 1. Mengikuti/mencontohi/mengambil teladan daripada perbuatan/amalan/budaya orang lain, terutama berkenaan hal yang baik/kejayaan.

Bagai bulan dipagar bintang

Maksud bahasa Melayu: 1. Seorang gadis yang cantik rupawan. 2. seorang gadis cantik yang dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain. Ungkapan terdekat: 1. Bagai bulan empat belas

No use crying over spilt/spilled milk

Maksud bahasa Inggeris: 1. No use to cry or complain about an event that has already taken place and can't be changed. Maksud bahasa Melayu: 1. Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Ungkapan bahasa Melayu terdekat: 1. Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. 2. Nasi sudah menjadi bubur.

Cool it

Maksud bahasa Inggeris: 1. To relax, calm down. 2. To stop being excited or angry. Maksud bahasa Melayu: 1. Bertenang(lah). Ungkapan terdekat: 1. Keep cool. 2. Play it cool.

Elephant in the room

Maksud bahasa Inggeris: 1. An obvious fact or truth, especially one regarded as embarrassing or undesirable that is being intentionally ignored or left unaddressed. 2. A serious problem that everyone is aware of but which they ignore and choose not to mention. 3. A matter or problem that is obvious or of great importance but that is not discussed openly. Maksud bahasa Melayu: 1. Sesuatu fakta atau kebenaran yang dianggap memalukan atau tidak elok yang sengaja tidak dipedulikan atau dibiarkan sahaja. 2. Masalah besar yang diketahui semua orang tetapi mereka memilih untuk tidak ambil peduli atau berpura-pura tidak tahu mengenainya. 3. Sesuatu masalah besar atau hal penting yang tidak dibincangkan secara terbuka atau di depan khalayak umum.

Vis a vis

Maksud bahasa Inggeris: 1. In relation to; with regard to. 2. In a position facing a specified or implied subject. 3. A face to face meeting. 4. A counterpart. Maksud bahasa Melayu: 1. Bersabit dengan; berhubung dengan. 2. Dalam hubungannya dengan. 3. Berbanding dengan. 4. Berhadapan; bertentangan.

Achilles' Heel/ Tumit Achilles

Maksud bahasa Inggeris: 1. The one weakness, fault, flaw. 2. One vulnerable spot in one's otherwise strong character. Maksud bahasa Melayu: 1. Kelemahan seseorang.

Ants in your pants

Maksud bahasa Inggeris: 1. Extreme restlessness. 2. Overactivity. Never sit still. Maksud bahasa Melayu: 1. Resah gelisah. 2. Tidak boleh duduk diam, hiperaktif.

Bagai kiambang putus tali

Maksud bahasa Melayu: 1. Berlari atau berjalan dengan pantas. Ungkapan terdekat: 1. Seperti lipas kudung. 2. Bagai lintah dipotong ekor. 3. Like a scalded cat.

Bagai duri dalam daging

Maksud : 1. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. 2. Sesuatu hal yang amat tidak menyenangkan(hati).

Api kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan

Maksud bahasa Melayu: 1. Kejahatan yang sedikit itu hendaklah segera diperbaiki supaya tidak melarat menjadi besar. 2. Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Maksud bahasa Melayu: 1. Fikirkan masak-masak sebelum melakukan/membuat sesuatu hal/keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Ungkapan bahasa Melayu terdekat: 1. Berkelahi dahulu berpendapatan, berkelahi kemudian kerugian.