Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. |
Peribahasa: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maksud Peribahasa : Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong.
Contoh Ayat: Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Contoh Karangan
Karangan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pendahuluan
- Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat.
Isi
- Memudahkan pekerjaan
- Menghapuskan sikap individualistik
- Kemaslahatan bersama
- Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai
Penutup
- Hidup sejahtera
Contoh Jawapan
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa yang menceritakan suasana hidup bermasyarakat. Peribahasa ini melambanngkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dalam segala amalan mereka.
Amalan ini membolehkan tugasan yang berat akan menjadi ringan. Contohnya, sekiranya kita bergotong-royong semasa mengadakan majlis perkahwinan atau membersihkan kawasan kejiranan, kerja tersebut akan diselesaikan dengan cepat dan mudah.
Amalan ini juga dapat menghapuskan sikap individualistik dalam diri individu. Sikap ini akan hilang kerana segala kerja tidak dilakukan secara bersendirian, sebaliknya secara kerjasama.
Pegangan ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat agar saling menghormati antara satu sama lain. Setiap orang tidak hanya memikirkan kepentingan diri, tetapi kemaslahatan semua.
Penghayatan peribahasa ini melahirkan sikap saling bermuafakat. Hal ini akan mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan damai kerana masing-masing akan memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan.
Oleh itu, untuk hidup bermasyarakat, peribahasa ini patut dijadikan sebagai pegangan oleh setiap individu. Dengan cara ini, barulah kita dapat hidup dengan penuh sejahtera.
Comments
Post a Comment