Karangan Peribahasa - di mana ada kemahuan,di situ ada jalan

Contoh Karangan Peribahasa

Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan

     Di kampung Ahmad,tinggal beberapa puluh buah keluarga.Mereka hidup miskin,bak kata pepatah,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".Namun, mereka hidup saling bekerjasama.Justeru,budaya berderau yang sudah lupus di tempat lain,masih subur diamalkan oleh penduduk di kampungnya  itu.

            Sikap yang positif para penduduk kampungnya dilihat oleh Ahmad sebagai aset yang paling berharga untuk dimajukan.Ahmad merupakan graduan universiti yang baru sahaja menamatkan pengajian.Sejak awal lagi,Ahmad memang tidak berminat untuk bekerja makan gaji.Dia mahu menumpahkan tenaga baktinya kepada penduduk kampungnya.Dia berasa kasihan terhadap para penduduk kampungnya yang begitu rajin bekerja tetapi sering sahaja menjadi mangsa penindasan kepada orang tengah.Justeru,Ahmad berhasrat menyatukan penduduk kampungnya di bawah sebuah koperasi.

          Niat suci Ahmad itu dipandang serong oleh sesetengah penduduk kampung.Namun,Ahmad tidak pernah lemah semangat.Bersama-sama dengan beberapa orang jawatnkuasa penaja,Ahmad berusaha meyakinkan penduduk kampung agar menyertai koperasi mereka.Akihrnya,hasrat Ahmad itu tercapai.

           Ahmad berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan projek koperasi yang berasaskan perniagaan.Ahmad bertuah kerana ramai pegawai daripada agensi kerajaan yang sanggup turun padang untuk membantu usaha murni Ahmad.Malah,wakil rakyat kawasan itu turut menyokong usaha Ahmad.Akhirnya, pada mesyuarat agung kali kedua,koperasi ini telah mengumumkan pemberian dividen dan bonus tertinggi sebanyak 80 peratus kepada ahli-ahlinya.Kejayaan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana itulah kali pertama sebuah koperasi berjaya memberikan dividen sebanyak itu.

             Kejayaan ini menjadi bukti bahawa jika kita mempunyai hasrat untuk mencapai sesuatu,maka kita akan berusaha untuk mencapainya.Demikianlah yang dilakukan oleh Ahmad untuk memajukan para penduduk di kampungnya.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman beralih, musim bertukar.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.