Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Peribahasa: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud Peribahasa : Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Contoh Karangan: Karangan peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi. Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua. Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat ku
Comments
Post a Comment