Takkan pisang berbuah dua kali. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Ayat Contoh : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Maksud Peribahasa : Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. Ayat Contoh : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Contoh Karangan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya. Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini ker...
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Peribahasa : Lembu punya susu, sapi dapat nama. Maksud Peribahasa : Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.
Comments
Post a Comment