Posts

Showing posts with the label peribahasa

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

Image
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Peribahasa: Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Maksud Peribahasa : Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Fikir itu pelita hati

Peribahasa: Fikir itu pelita hati Maksud Peribahasa : Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Contoh : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Image
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Peribahasa: Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Maksud Peribahasa : Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia. Contoh : Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Ikan pulang ke lubuk

Image
Ikan pulang ke lubuk Peribahasa: Ikan pulang ke lubuk Maksud Peribahasa : Kembali semula ke tempat asal. Contoh : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksud Peribahasa : Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. Contoh : Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Image
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Peribahasa : Lembu punya susu, sapi dapat nama. Maksud Peribahasa : Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

Membujur lalu melintang patah.

Peribahasa: Membujur lalu melintang patah. Maksud Peribahasa : Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. Contoh : Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Peribahasa: Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya. Maksud Peribahasa : Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Contoh : Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Image
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Peribahasa: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Maksud Peribahasa : Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita. Contoh : Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Image
Pucuk dicita ulam mendatang. Peribahasa: Pucuk dicita ulam mendatang. Maksud Peribahasa : Memperoleh sesuatu yang dihajati. Contoh : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

Takkan pisang berbuah dua kali.

Image
Takkan pisang berbuah dua kali. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Ayat Contoh : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.

Ulat dalam batu pun dapat hidup.

Image
Ulat dalam batu pun dapat hidup. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan. Ayat Contoh : ‘Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.

Waktu itu wang.

Image
Peribahasa Waktu itu wang. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Waktu itu sangat bernilai. Ayat Contoh : Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Image
Peribahasa Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang. Ayat Contoh : Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Zaman beralih, musim bertukar.

Image
Peribahasa Zaman beralih, musim bertukar. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Peredaran masa. Ayat Contoh : Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.

Api padam puntung berasap.

Api padam puntung berasap. Maksud: Sesuatu perkara yang telah diputuskan tetapi dibangkitkan kembali. Nota: puntung = sisa kayu api yang dibakar.

Bagai kumbang putus tali

Maksud: 1. Bergerak(terbang) dengan sangat pantas. 2. Terlepas daripada sengsara. Ungkapan terdekat: 1. Kumbang putus tali.

Bagai murai tercabut ekor

Maksud bahasa Melayu: 1. Orang perempuan yang suka bercakap banyak. 2. Orang yang suka berleter. Nota: Murai ialah nama sejenis burung yang bising berkicauan pada waktu pagi.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud bahasa Melayu: 1. Menempuh kesukaran atau kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud bahasa Melayu: 1. Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada kerja itu susah ataupun mudah. 2. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Ungkapan terdekat: 1.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah