Karangan SPM - Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Contoh Karangan Peribahasa (cerita)


HENDAK SERIBU DAYA , TAK HENDAK SERIBU DALIH

            Peribahasa “ hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih” bermaksud seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan . Peribahasa itu membawa maksud yang sama dengan peribahasa “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.

            Ali mempunyai cita-cita yang tinggi .Dia mahu berjaya dalam pelajaran .Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti untuk mencapai cita-citanya itu. Oleh itu, Ali sentiasa berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.

            Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Selain itu, dia tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Setiap hari dia terpaksa mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk berulang-alik ke sekolah.

            Namun , Ali tidak berputus asa dengan segala kesusahan dan kepayahan yang dialaminya. Ali menganggap segala dugaan yang dilaluinya sebagai pendorong untuk terus berjaya. Di samping itu , dia sentiasa berusaha agar pelajarannya tidak terganggu . Setiap hari , Ali pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku rujukan . Malah , Ali juga tidak pernah berasa jemu atau merungut kerana penat mengayuh basikal pada setiap hari . Semua kesukaran itu , tidak menjadi penghalang kepada Ali . Berkat usahanya yang gigih , akhirnya Ali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

            Kejayaan yang dicapai oleh Ali adalah kerana dia sentiasa berpegang teguh kepada peribahasa “ hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.” Peribahasa ini turut menjadi panduan kepada Ali untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman beralih, musim bertukar.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.