Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Peribahasa: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud Peribahasa : Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.

Contoh : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Contoh Karangan:

 Karangan peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi.

Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.  

Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat kuih. Dalam masa yang sama juga, Amiera berusaha mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakan Amiera yang mampu akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Amiera hanya belajar di rumah tanpa bimbingan daripada sesiapa.  Dia percaya, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Oleh sebab itu, Amiera bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh.

Pada hari Isnin, guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan bermula pada minggu hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di sekolahnya mengulang kaji pelajaran dengan lebih tekun lagi. Amiera berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulang kaji pelajaranya. Ibunya pula sentiasa berdoa dan memberi dorongan kepadanya agar Amiera berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

Berkat doanya dan ibunya serta usaha Amiera yang gigih, dia telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Amiera amat bersyukur dan berasa sungguh gembira.

Guru-guru dan rakan-rakannya sangat bangga atas kejayaan Amiera. Apatah lagi ibunya yang amat mengharapkan kejayaan anaknya itu. Amiera berjanji akan terus berusaha supaya dapat membantu ibunya kelak. Akhirnya, Amiera telah mendapat segulung ijazah dan pekerjaan yang terjamin. Kini ibunya hidup lebih senang bersamanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman beralih, musim bertukar.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.