Posts

Showing posts with the label karangan

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian ...

Karangan Peribahasa - Hangat-hangat Tahi Ayam

Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam Pada kali ini, kami di MyPT3 akan berkongsi tentang contoh karangan peribahasa PT3 terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan penulisan karangan jenis peribahasa. karangan peribahasa Semoga ia dapat membantu adik-adik dalam membuat latihan karangan dan seterusnya skor di dalam peperiksaan.     Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam     Maksud Peribahasa : Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi malas pada pertengahan jalan. Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.               Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pe...

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Contoh karangan Peribahasa SPM (Cerita) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang". Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.       Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. ...

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa SPM (Huraian) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.         “Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai. ...

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Image
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud Peribahasa : Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Contoh : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Karangan Contoh: Karangan Peribahasa – “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit DIjunjung". Peribahasa yang berbunyi  “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” bermaksud kita hendaklah mematuhi undang-undang Negara atau budaya sesuatu tempat yang kita diami. Konteks “bumi” di sini ialah sesuatu tempat yang kita naungi atau kita diami, atau negara asing yang kita kunjungi, manakala “langit” pula bermaksud undang-undang, peraturan, atau budaya sesuatu tempat.             Setiap Negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perl...

Harapkan pagar, pagar makan padi

Image
Harapkan pagar, pagar makan padi Peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi Maksud Peribahasa : Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Contoh Karangan: Contoh soalan karangan peribahasa : Tulis sebuah cerita yang  menarik berdasarkan peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan  Padi"      Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang  ditunjukkan oleh Yati itu amat menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian  daripada anggota keluarganya.      Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak bercuti di Kota Singa. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pe...

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Image
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Peribahasa: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud Peribahasa : Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Contoh Karangan:  Karangan peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi. Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.   Pada waktu malam, Amiera menolong ibu...

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Image
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Peribahasa: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Maksud Peribahasa : Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong. Contoh Ayat: Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Contoh Karangan  Karangan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pendahuluan             -  Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat. Isi                   -  Memudahkan pekerjaan  -  Menghapuskan sikap individualistik  -  Kemaslahatan bersama  -  Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai Penutup       ...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Image
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Maksud Peribahasa : Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. Ayat Contoh : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Contoh Karangan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga       Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.       Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini ker...

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama          Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.          Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap dikenang.           Tujuan periba...

Genggam bara api biar sampai jadi arang

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Genggam bara api biar sampai jadi arang         Jika kita hendak men capai cita-cita, kita perlu berusaha secara tekal serta sabar apabila menghadapi cabaran dan dugaan. Begitulah maksud peribahasa "genggam bara api  biar sampai jadi arang."         Antara contoh yang ada kaitan dengan peribahasa ini ialah diri murid sendiri. Sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau kolej, mahupun penuntut di universiti, semuanya perlu gigih menuntut ilmu. Semasa di sekolah rendah, kita perlu menduduki peperiksaan UPSR. Di sekolah menengah pula, kita menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. KIta perlu melalui semua cabaran ini dengan sabar jika hendak berjaya dalam pelajaran.        Bagi peniaga pula, susah payah untuk maju perlu dihadapi terlebih dahulu jika hendak menjadi usahawan berjaya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bagi seorang usahawan ...

Sediakan payung sebelum hujan

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan         Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini.         Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.         Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewas...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga       Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.       Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.       Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk me...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna       Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai. "Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.       Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.          Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.       Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop ...

Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga

Contoh Karangan Peribahasa  Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga “ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun. Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya. Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan yanf cemarlang. Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu ba...

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa "Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara. Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas. “Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai. Semangat bersatu padu boleh disemai ...

KARANGAN PERIBAHASA - HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut. Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan semula. Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotong-royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai raya dan sebagainya. Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia , kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan mengeratkanlagi hubungan antara penduduk. Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka ...

KARANGAN SPM - GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU

Contoh Karangan SPM - Peribahasa GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu mering...

Karangan Peribahasa - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

 Contoh Karangan Peribahasa (Huraian) Peribahasa merupakan aspek unggul dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Salah satu peribahasa yang sering digunakan ialah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Huraikan maksud peribahasa ini selengkapnya.             Peribahasa digunakan untuk memberi nasihat secara sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Hal ini keraan masyarakat dahulu kala amat sensitif terhadap sebarang teguran atau sindiran. Biasanya, sesuatu peribahasa itu mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat pada masa itu.             ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ merupakan salah satu daripada ratusan peribahasa Melayu yang dicipta oleh orang dahulu. Maksud peribahasa ini ialah ‘jika hendak mendidik, mengasuh atau membentuk peribadi anak, biarlah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi’. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini...

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

 Contoh Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sah...