Posts

Showing posts with the label simpulan bahasa

KARANGAN PERIBAHASA - DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran.. Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini. Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku. Mulai hari itu aku akan ...

ada air adalah ikan

ada air adalah ikan Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

abui mata

abui mata Maksud: Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya. Contoh ayat: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.

abu Nawas

abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

abu Jahal

abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

abu Dajal

abu Dajal Maksud: Pengganggu Contoh ayat: Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ.

abu angin

abu angin Maksud: Telah musnah sama sekali. Contoh ayat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.

abang tiri

abang tiri Maksud: Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita. Contoh ayat: Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.

abang kandung

abang kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

abang ipar

abang ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami. Contoh ayat: Anwar ialah abang ipar Abdullah.

abang angkat

Maksud: Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh ayat: Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.

Makan garam

Maksud: 1. Orang yang lebih berpengalaman.

Makan besar

Maksud: 1. Jamuan.

Jalan buntu

Maksud: 1. Gagal untuk menyelesaikan masalah.

Masa lapang

Maksud: 1. Masa yang terluang.