Contoh Karangan Peribahasa Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan Di kampung Ahmad,tinggal beberapa puluh buah keluarga.Mereka hidup miskin,bak kata pepatah,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".Namun, mereka hidup saling bekerjasama.Justeru,budaya berderau yang sudah lupus di tempat lain,masih subur diamalkan oleh penduduk di kampungnya itu. Sikap yang positif para penduduk kampungnya dilihat oleh Ahmad sebagai aset yang paling berharga untuk dimajukan.Ahmad merupakan graduan universiti yang baru sahaja menamatkan pengajian.Sejak awal lagi,Ahmad memang tidak berminat untuk bekerja makan gaji.Dia mahu menumpahkan tenaga baktinya kepada penduduk kampungnya.Dia berasa kasihan terhadap para penduduk kampungnya yang begitu rajin bekerja tetapi sering sahaja menjadi mangsa penindasan kepada orang tengah.Justeru,Ahmad berhasrat menyatukan penduduk kampungnya di bawah sebuah kopera...
it is a very nice meaning
ReplyDelete