Posts

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian ...

Karangan Peribahasa - Hangat-hangat Tahi Ayam

Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam Pada kali ini, kami di MyPT3 akan berkongsi tentang contoh karangan peribahasa PT3 terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan penulisan karangan jenis peribahasa. karangan peribahasa Semoga ia dapat membantu adik-adik dalam membuat latihan karangan dan seterusnya skor di dalam peperiksaan.     Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam     Maksud Peribahasa : Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi malas pada pertengahan jalan. Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.               Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pe...

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Contoh karangan Peribahasa SPM (Cerita) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang". Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.       Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. ...

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa SPM (Huraian) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.         “Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai. ...

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Image
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud Peribahasa : Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Contoh : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Karangan Contoh: Karangan Peribahasa – “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit DIjunjung". Peribahasa yang berbunyi  “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” bermaksud kita hendaklah mematuhi undang-undang Negara atau budaya sesuatu tempat yang kita diami. Konteks “bumi” di sini ialah sesuatu tempat yang kita naungi atau kita diami, atau negara asing yang kita kunjungi, manakala “langit” pula bermaksud undang-undang, peraturan, atau budaya sesuatu tempat.             Setiap Negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perl...

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

Image
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Peribahasa: Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Maksud Peribahasa : Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Fikir itu pelita hati

Peribahasa: Fikir itu pelita hati Maksud Peribahasa : Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Contoh : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Image
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Peribahasa: Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Maksud Peribahasa : Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia. Contoh : Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Image
Harapkan pagar, pagar makan padi Peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi Maksud Peribahasa : Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Contoh Karangan: Contoh soalan karangan peribahasa : Tulis sebuah cerita yang  menarik berdasarkan peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan  Padi"      Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang  ditunjukkan oleh Yati itu amat menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian  daripada anggota keluarganya.      Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak bercuti di Kota Singa. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pe...

Ikan pulang ke lubuk

Image
Ikan pulang ke lubuk Peribahasa: Ikan pulang ke lubuk Maksud Peribahasa : Kembali semula ke tempat asal. Contoh : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Image
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Peribahasa: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud Peribahasa : Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Contoh Karangan:  Karangan peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi. Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.   Pada waktu malam, Amiera menolong ibu...

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksud Peribahasa : Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. Contoh : Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Image
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Peribahasa : Lembu punya susu, sapi dapat nama. Maksud Peribahasa : Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

Membujur lalu melintang patah.

Peribahasa: Membujur lalu melintang patah. Maksud Peribahasa : Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. Contoh : Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya.

Peribahasa: Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya. Maksud Peribahasa : Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Contoh : Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Image
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Peribahasa: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Maksud Peribahasa : Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita. Contoh : Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Image
Pucuk dicita ulam mendatang. Peribahasa: Pucuk dicita ulam mendatang. Maksud Peribahasa : Memperoleh sesuatu yang dihajati. Contoh : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Image
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Peribahasa: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Maksud Peribahasa : Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong. Contoh Ayat: Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Contoh Karangan  Karangan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pendahuluan             -  Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat. Isi                   -  Memudahkan pekerjaan  -  Menghapuskan sikap individualistik  -  Kemaslahatan bersama  -  Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai Penutup       ...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Image
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Maksud Peribahasa : Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. Ayat Contoh : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Contoh Karangan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga       Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.       Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini ker...

Takkan pisang berbuah dua kali.

Image
Takkan pisang berbuah dua kali. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Ayat Contoh : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.