Posts

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung menyebabkan dia kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mengh

Karangan Peribahasa - Hangat-hangat Tahi Ayam

Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam Pada kali ini, kami di MyPT3 akan berkongsi tentang contoh karangan peribahasa PT3 terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan penulisan karangan jenis peribahasa. karangan peribahasa Semoga ia dapat membantu adik-adik dalam membuat latihan karangan dan seterusnya skor di dalam peperiksaan.     Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam     Maksud Peribahasa : Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi malas pada pertengahan jalan. Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.               Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pekerti dan bersopan santun telah ditonjolkan oleh Adam agar tidak dipandang serong dan enteng o

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Contoh karangan Peribahasa SPM (Cerita) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang". Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.       Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya.           Akhimya

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Contoh Karangan Peribahasa SPM (Huraian) Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.         “Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.               Semangat bersatu pa

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Image
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud Peribahasa : Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Contoh : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Karangan Contoh: Karangan Peribahasa – “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit DIjunjung". Peribahasa yang berbunyi  “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” bermaksud kita hendaklah mematuhi undang-undang Negara atau budaya sesuatu tempat yang kita diami. Konteks “bumi” di sini ialah sesuatu tempat yang kita naungi atau kita diami, atau negara asing yang kita kunjungi, manakala “langit” pula bermaksud undang-undang, peraturan, atau budaya sesuatu tempat.             Setiap Negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perlembagaan. Tujuan undang-undang diwujudkan adalah untuk

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

Image
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Peribahasa: Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Maksud Peribahasa : Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Fikir itu pelita hati

Peribahasa: Fikir itu pelita hati Maksud Peribahasa : Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Contoh : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.