Posts

Showing posts from July, 2019

Karangan Peribahasa - Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.                        “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.             Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung menyebabkan dia kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mengh