Posts

Showing posts from November, 2017

Kata Nama - Tatabahasa Bahasa Melayu

KATA NAMA Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas . Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll