Posts

Showing posts from May, 2019

Karangan Peribahasa - Hangat-hangat Tahi Ayam

Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam Pada kali ini, kami di MyPT3 akan berkongsi tentang contoh karangan peribahasa PT3 terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan penulisan karangan jenis peribahasa. karangan peribahasa Semoga ia dapat membantu adik-adik dalam membuat latihan karangan dan seterusnya skor di dalam peperiksaan.     Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam     Maksud Peribahasa : Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi malas pada pertengahan jalan. Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.               Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pekerti dan bersopan santun telah ditonjolkan oleh Adam agar tidak dipandang serong dan enteng o