Peribahasa Zaman beralih, musim bertukar. Peribahasa: Takkan pisang berbuah dua kali. Maksud Peribahasa : Peredaran masa. Ayat Contoh : Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud Peribahasa : Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Contoh : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Karangan Contoh: Karangan Peribahasa – “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit DIjunjung". Peribahasa yang berbunyi “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” bermaksud kita hendaklah mematuhi undang-undang Negara atau budaya sesuatu tempat yang kita diami. Konteks “bumi” di sini ialah sesuatu tempat yang kita naungi atau kita diami, atau negara asing yang kita kunjungi, manakala “langit” pula bermaksud undang-undang, peraturan, atau budaya sesuatu tempat. Setiap Negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perl...
CONTOH KARANGAN PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini. Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku. Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewas...
Comments
Post a Comment