Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA :

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

         Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.

         Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap dikenang.

          Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti kepada agama, keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah ialah membuat kebajikan yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti menjaga kebersihan.

           Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Sudahlah tidak mahu berbakti, malahan menyusahlan orang lain. Mereka yang bersikap negatif ini kerana tidak mempunyai nila-nilai murni dalam hidup mereka.

           Jadi, kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Untuk itu, jangan sesekali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai seorang murid yang sentiasa ingin berbakti kepada sekolah, tindakan yang pertama ialah memastikan mematuhi undang-undang sekolah.Walaupun negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa ini masih sesuai diamalkan dalam kehidupan kita.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman beralih, musim bertukar.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.